Cucu Aktor Robert De Niro Ditemui Mati Dalam Apartment Bernilai RM4.4 Juta

Maliah Surip
Julai 4, 2023 15:50 MYT

Bintang veteran Robert De Niro mendapat khabar duka pada Ahad lalu selepas cucunya yang baru berusia 19 tahun ditemui meninggal dunia.

Cucunya yang dikenali sebagai Leandro De Niro Rodriguez merupakan anak kepada anak angkatnya, Drena, 51 dan Carlos Rodriguez.
BACA: Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun
Pemuda itu ditemui meninggal dunia di atas kerusi dalam sebuah studio aparment yang bernilai RM4.4 juta di Cipriani Club Residences di Wall Street.
Mayatnya ditemui bersama serbuk putih yang berada berdekatannya, lapor DailyMail.com.
Sumber pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang trauma ditemukan pada mayat.
Leandro ditemui telah meninggal dunia oleh teman yang datang ke kediamannya selepas beberapa hari tidak mendengar khabar daripada pemuda tersebut.
Ibunya, Drena sempat melahirkan rasa duka di atas kematian anak lelakinya di Instagram.
BACA: Umur 79 Tahun, Robert De Niro Timang Cahaya Mata Ketujuh
Semasa hayatnya, Leandro sempat mengikut jejak langkah datuknya, De Niro apabila terbabit dalam bidang lakonan. Mendiang pernah terbabit dalam filem A Star Is Born dan Cabaret Maxime yang kedua-duanya ditayangkan pada 2018 lalu.

#Mati #Cucu Robert De Niro