Viral
Cucu Dalam Dewan Hadapi SPM, Nenek Di Luar Baca Yasin & Berzikir Runtun Hati
Sayangnya seorang nenek, sanggup hadir ke sekolah ketika cucu sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, aksi wanita warga emas itu mengundang sayu warganet.
"Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar memba surah Yassin dan berzikir untuk cucu.
"Semoga dipermudahkan segala urusan nenek dan dipanjangkan umur," kongsi @c_s.ihsan.
Lebih memilukan, menurut seorang guru, ibu pelajar berkenaan sudah meninggal dunia pada Oktober lalu.
Sekadar info, ibu bapa kepada calon peperiksaan boleh mengamalkan langkah berikut yang disarankan Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
Lakukan mengikut urutan dan membaca surah Yasin sebagai ikhtiar penerang hati.
#1 Ambil wuduk
#2 Menghadap kiblat.
#3 Mengucap dua kalimah syahadah (tiga kali)
#4 Membaca Al-Fatihah (10 kali)
#5 Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (tiga kali)
#6 Membaca Surah al-Insyirah (sekali)
#7 Berselawat ke atas Nabi (10 kali)
#8 Membaca Yasin (sekali)
#9 Surah al-Insyirah 100x 10. Niatkan di dalam hati supaya ALLAH SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan.
Sumber - SinarPlus
Must-Watch Video