Cucu Prof Muhaya Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Dikebumikan

Asraf Aided
Disember 24, 2019 09:35 MYT
Tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memaklumkan cucunya, Muhammad Ahmad Aiman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.50 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.
Berita duka itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.
"Cucu kami, anak kepada Aiman dan Atiyah telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.50 pagi tadi di PPUKM," tulisnya sebagai kapsyen.
Difahamkan, jenazah telah disolatkan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang tenghari tadi.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang mengucapkan takziah di ruangan komen.
Terdahulu, Muhaya meminta orang ramai untuk mendoakan keadaan cucunya yang sedang tenat selepas dihentikan sistem sokongan hayat pada jam 9 pagi tadi.
BACA : Sistem Sokongan Hayat Cucu Prof Muhaya Dimatikan
#Prof Muhaya