Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Cucuk Jarum, Test Covid, Menangis, Allahuakbar” - Eyra Hazali Tak Percaya Anaknya Menghidapi...

Hanafis Haris 15/11/2020 | 08:40 MYT

Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita mengejutkan apabila anak lelakinya yang baru berusia tiga bulan dikatakan telah mengalami masalah jangkitan paru-paru atau pneumonia.

Perkara tersebut dikongsi Eyra menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

Menurut Eyra, anaknya, Muhammad Hayder dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas doktor mengesan masalah pada bahagian paru-paru.

“Ketika doktor bagi tahu, saya mulanya tak percaya sebab Hayder terlalu muda untuk ‘bertarung’ dengan sakit itu.

“Tengok dia kena cucuk jarum, menangis, kena buat covid test (Alhamdulillah negative) masukkan ubat, ambil gas, Allahuakbar.

“Tapi dia budak yang kuat. Menangis dan menjerit sekali pun dia masih mampu tersenyum dan senyuman ituah yang membuatkan saya terus kuat,” katanya.

Menurut Eyra, jauh dari sudut hatinya, dia turut meminta maaf terhadap anaknya kerana terpaksa berdepan dengan kesakitan di usia yang terlalu muda.

“Maaf sayang, mama sanggup buat apa saja untuk gantikan tempat sayang, kesakitan Hayder.

‘Moga Allah memberi kesihatan yang baik dan dipanjang umur. Mama dan papa sayang Hayder,” katanya.

Sementara itu, Eyra ketika dihubungi memberi tahu anak lelakinya itu sudah semakin pulih dan dibenarkan pulang pada Ahad.

"Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” katanya.

Sekadar info, Eyra dan suami, Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq pada 14 Ogos lalu.

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

#Haziq #Eyra Hazali
;