Semalam tular di media sosial video ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Rozita Ibrahim yang menegur secara terbuka kedegilan anak lelakinya itu.

Menerusi video tersebut Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, mahu Aliff berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga selepas anaknya itu memuat naik video mengeluarkan air mata darah.

Rozita juga mahu anaknya menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi, tambahan lagi selepas mendengar single terbaru Aliff, Ingin Bahagia yang dikongsi di laman sosial Instagram (IG), semalam (Rabu).

Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuat naik Rozita di IG, wanita tersebut memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan.

Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak, sedangkan sudah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya berubah.

“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak.

“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah... Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak,” katanya kesal.

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on


Bagaimanapun Aliff telah mengemaskini IGnya dengan memuat naik posting terbaru dengan menulis kapyen meminta kekuatan daripada yang maha Esa.

Katanya dia hanya mahukan kebahagiaan dan kekuatan.

Posting tersebut kemudiaannya mendapat perhatian Rozita yang berang kerana anaknya itu tidak mengendahkan nasihat diberikan.

“Cukup-cukuplah Kri!!! Mak dah komen secara video pun kau buat lagi kan…Kau delete sekarang…Kau suka orang cakap bukan-bukan,” tulisnya sambil meninggalkan emotikon api.

Rata-rata netizen bersetuju dengan Rozita dan meminta Aliff mendengar nasihat ibunya.