FILEM

Cukup Luar Biasa! Mikro Siri Papa Pipi Terpaling Puasa Berjaya Curi Perhatian Sepanjang Ramadan

Ainun Md Zooki 12/04/2025 | 14:55 MYT
Penerbit animasi terkenal, Monsta sekali lagi mencetuskan fenomena apabila melancarkan mikro siri khas Papa Pipi Terpaling Puasa sempena bulan Ramadan lalu.

Mikro siri ini sedikit istimewa kerana ianya ditayangkan sepanjang 30 hari Ramadan dengan 30 episod pendek yang dimuat naik di semua platform media sosial Papa Pipi Zola.

Setiap episod menyajikan situasi harian rakyat Malaysia dengan elemen komedi mesra keluarga yang dekat dengan realiti masyarakat.

Lebih mengejutkan lagi, mikro siri ini turut mencatat kejayaan yang luar biasa apabila kempen ini berjaya meraih lebih 182 juta tontonan dalam tempoh sebulan di semua platform digital milik Monsta.

Bukan itu sahaja, sambutan hangat bukan sahaja datang dari Malaysia, malah turut diterima baik oleh penonton dari Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara lain.

Bagaimanapun, bagi pihak Monsta ini merupakan salah satu pemangkin startegik penting bagi mereka untuk mempromosikan filem Papa Zola The Movie yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

#Filem #Ramadan #Netizen #Indonesia #Malaysia #Perhatian #Raih #Papa Pipi Zola