Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Cukup-Cukuplah Perbesarkan Isu Ini” - Dituduh Rampas Kekasih Orang, Yonnyboii Tak Ambil Peduli, Mahu Fokus Majlis Kahwin Pada…

Hanafis Haris 14/10/2021 | 06:20 MYT

Pertunangan penyanyi rap Yonnyboii pada Sabtu lalu mungkin dianggap satu berita gembira khususnya buat ahli keluarga dan peminat.

Namun, dalam pada ramai yang ‘tumpang gembira’ dengan ikatan tersebut, ada pula suara-suara sumbang bercerita mengenai perkara yang tidak enak.

Semuanya tercetus apabila penyampai radio, Imran Aqil meluahkan rasa terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, kini sudah menjadi tunang kepada Yonnyboii.

Difahamkan, Imran dan Nik Nazira baru sahaja berpisah September lalu.

Susulan itu, muncul dakwaan dan ‘mulut jahat’ netizen mengatakan Yonnyboii sebagai perampas.

Menceritakan kepada Gempak, menurut Yonnyboii, keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

“Selama ini saya memang berkawan saja dengan Nina (Nazira).

“Jadi apabila dapat persetujuan dan restu keluarga, kami terus buat keputusan nak bertunang.

“Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia,” katanya.

Jelas Yonnyboii dia tidak mengenali Imran secara peribadi dan sehubungan itu, tiada istilah dirinya merampas atau seorang perampas.

“Dia sendiri kata soal jodoh sudah ditentukan Allah. Kalau betul dia terima, kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua.

"Ikutkan saya pun malas nak layan isu. Apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin saja yang dijangka berlangsung 22 Januari depan.

"Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini,” katanya.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu.

#Tunang #Yonnyboii #Imran
;