Laman Utama
"Cukuplah 9 Tahun Jadi Isteri Syamsul"- Puteri Sarah Nekad Fail Cerai, Tarikh Sebutan Jatuh Sebelum Anniversary!
Mahkhamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 7 Mac ini sebagai sebutan pertama untuk tuntutan cerai pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya, Syamsul Yusof yang didaftarkan hari ini.
Kongsi Puteri Sarah, tarikh itu merupakan tanggal sehari sebelum sambutan hari ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.
"Alhamdulilah syukur dan lega, segala urusan untuk permohonan cerai dari pihak saya berjalan lancar.
"Cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri Muhammad Syamsul nampaknya tak ada rezeki.
"Kebetulan tarikh 7 Mac sebutan cerai itu agak significant kerana 8 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan kesembilan kami," katanya kepada Gempak.
Puteri Sarah ditemui selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin.
Ibu kepada dua cahaya mata itu ditemani peguam syarie, Datuk Akberdij Abdul Kadir.
Kata Sarah keputusan itu diambil secara muktamad selepas berfikir panjang dan menilai kata-kata nasihat daripada ramai pihak.
"Saya sudah pun menjalankan tanggunjawab yang terbaik sebagai seorang isteri dan telah berbincang dengan keluarga setelah bertahan selama ini.
" Malah saya juga ada berjumpa dengan ustaz dan ustazah untuk selesaikan masalah tapi sama saja.
"Jadi saya rasa inilah keputusan yang terbaik," ujarnya.
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira kira jam 10.25 pagi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Must-Watch Video