Berita

“Cukuplah Boleh Bagi Kebahagiaan Kepada…”- Balkiysh Semundur Khan Tak Cari Bakal Suami Kaya

gempak
Syafiqah Jalal
05/06/2020
08:57 MYT
Sponsor Banner
“Cukuplah Boleh Bagi Kebahagiaan Kepada…”- Balkiysh Semundur Khan Tak Cari Bakal Suami Kaya
Pelakon Balkiysh Semundur Khan akui tidak mencari lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya untuk menjadi suaminya.
Menurut Balkiysh apa yang penting, bakal suaminya nanti dapat memberi kasih sayang dengan penuh ikhlas kepadanya dan anak-anaknya.
“Walaupun saya seorang ibu tunggal, ada rupa, ada nama tapi saya tak ada rasa nak cari lelaki yang senang. Cukuplah orang tu boleh bagi kebahagiaan pada saya dan anak-anak,” tulisnya.
Pelakon Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Balkisyh yang juga seorang ibu tunggal itu dia tidak mahu menumpang atas kesenangan orang lain kerana semua itu boleh diusahanya sendiri.
“Siapa tak nak hidup senangkan. Memang hidup kami tak sesenang orang lain, tapi bagi saya duit tu kita boleh usaha cari
“Memang ada juga kenalan rapat yang suruh saya pilih sahaja lelaki yang senang supaya kehidupan saya lebih terjamin. Tapi saya sedar asal-usul saya dan saya tak nak menumpang kesenangan orang lain.
“Biarlah saya hidup sederhana dan berusaha sendiri untuk berjaya. Pada yang janji bulan, bintang dan mencuba tu saya mintak maaf ya,” katanya lagi
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji pendirian pelakon itu dan sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live