Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Cukuplah Boleh Bagi Kebahagiaan Kepada…”- Balkiysh Semundur Khan Tak Cari Bakal Suami Kaya

Syafiqah Jalal
05/06/2020 08:57 MYT
Pelakon Balkiysh Semundur Khan akui tidak mencari lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya untuk menjadi suaminya.

Menurut Balkiysh apa yang penting, bakal suaminya nanti dapat memberi kasih sayang dengan penuh ikhlas kepadanya dan anak-anaknya.

“Walaupun saya seorang ibu tunggal, ada rupa, ada nama tapi saya tak ada rasa nak cari lelaki yang senang. Cukuplah orang tu boleh bagi kebahagiaan pada saya dan anak-anak,” tulisnya.

Pelakon Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah Balkisyh yang juga seorang ibu tunggal itu dia tidak mahu menumpang atas kesenangan orang lain kerana semua itu boleh diusahanya sendiri.

“Siapa tak nak hidup senangkan. Memang hidup kami tak sesenang orang lain, tapi bagi saya duit tu kita boleh usaha cari

“Memang ada juga kenalan rapat yang suruh saya pilih sahaja lelaki yang senang supaya kehidupan saya lebih terjamin. Tapi saya sedar asal-usul saya dan saya tak nak menumpang kesenangan orang lain.

“Biarlah saya hidup sederhana dan berusaha sendiri untuk berjaya. Pada yang janji bulan, bintang dan mencuba tu saya mintak maaf ya,” katanya lagi

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji pendirian pelakon itu dan sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada mereka.

Walaupon kami seorang ibu tunggal, ada rupa, ada nama tp kami tak da rasa nak cari lelaki yg senang..ckoplaa org tu boleh bg kebahagiaan pd kami dan anak2 kami..sapa tak nak hidup senang kan..mmg hdup kami tak sesenang orang lain..tp bg kami duit tu kita boleh usaha cari..mmg ada juga kenalan rapat yg suruh kami pilih jaa lelaki yg senang spy kehidupan kami lebih terjamin..tp kami sedar asal usul kami dan kami tak nak menumpang kesenangan org lain..biarlaa kami hidup sederhana dan berusaha sendri utk berjaya..pada yang janji bulan, bintang dan mencuba tu kami mintak maaf yaa ?.... . terima kasih ampa semua yg sentiasa menyokong kami ??...

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss) on

#Kahwin #Kahwin #Suami #Balkiysh Semundur Khan
;