Laman Utama

“Cukuplah Sampai Sini Yer… Saya Maafkan Semua Yang Pernah Panggil Saya Syaitan, Dajjal, B*bi, Bodoh, Penunggang…” – Ebit Lew

gempak
Fiza Kamarudin
23/07/2021
12:39 MYT
Sponsor Banner
“Cukuplah Sampai Sini Yer… Saya Maafkan Semua Yang Pernah Panggil Saya Syaitan, Dajjal, B*bi, Bodoh, Penunggang…” – Ebit Lew
Selepas membuat siaran langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG) semalam (Khamis), hari ini pendakwah bebas Ebit Lew memuat naik hantaran mengakui memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya.
Ebit Lew berkata dia memaafkan kesemua individu terbabit kerana Allah.
“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi ,bodoh, penunggang, dan lain-lain.
“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah,” katanya.
Dalam pada itu Ebit Lew turut memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dengan tidak langsung dalam isu membabitkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua,” katanya.
Ebit Lew sempat meninggalkan pesanan kepada semua agar sentiasa bersatu hati dalam melawan pandemik Covid-19.
“Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.
“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.
“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer. Cukuplah sampai sini yer. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live