Hiburan

Cuma 100,000 Tontonan Selepas Sebulan, Daiyan Trisha Sedih Muzik Video Ditertawakan Netizen

Amri Hassan
07/11/2019
04:15 MYT
Penyanyi Daiyan Trisha meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir individu yang mentertawakan hasil kerjanya menerusi muzik video terbaharu, I Wanna See Ya.
Jelas Daiyan, tindakan merendah-rendahkan kemampuan dan kredibiliti orang lain tidak sepatutnya diamalkan terutama pengguna media sosial kini.
"Saya terperanjat apabila membaca beberapa Tweet berkenaan muzik video saya dan punca mengapa jumlah tontonannya sedikit. Saya sedih!
"Ia sudah lebih sebulan dimuat naik dan hanya ada 100,000 lebih tontonan. Tetapi kenapa kalian mentertawakan kerja keras saya?
"Kenapa gelakkan visual dan kualiti muzik hanya kerana anda tidak berminat? Sebenarnya ia tidak mematahkan semangat saya cuma mencetuskan pelbagai tanda tanya," tulisnya bersama paparan skrin komentar netizen.
Dalam komen itu, ada dalam kalangan netizen yang beranggapan kurangnya promosi dan ketiadaan kelab peminat menjadi punca muzik video itu kurang sukses.
Malah, ada juga yang menyamakan usahakan seakan-akan seperti mahu menjadi Yuna.
Menjawab kenyataan itu, Yuna sendiri tampil memberikan kata-kata semangat buat Daiyan.
"Abaikan mereka. 100,000 tontonan dalam sebulan untuk artis bebas sangat hebat!
"Kamulah salah satu daripada individu yang rajin dan berani yang saya kenali. Teruskan usaha dan saya bangga dengan apa yang telah anda lakukan," tulis Yuna. Lagu I Wanna See Ya ditulis dan dicipta sendiri oleh Daiyan dan Juan Ariza.
Malah, muzik video itu telah menjalani penggambaran di luar negara dan mula dimuat naik di YouTube sejak 20 September lalu.
Sehingga kini, ia telah ditonton lebih 107,000 pengguna YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

gempak
25/07/2024
11:55 MYT
Juri tetap Gimme The Mic Malaysia, Ajai mengakui pemilihan peserta adalah dengan mengutamakan bakat berbading rupa paras dalam mencungkil bakat baharu.
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.