"Cuma Beri Pandangan, Kalau Saya Kritik Ia Akan Jadi Lebih Pedas!" - Fazley Yaakob Ulas Isu Sindiran Iqram Dinzly
Amri Hassan
17/03/2022 08:53 MYT
17/03/2022 08:53 MYT
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak tersinggung dengan sindiran Iqram Dinzly dan beranggapan pelakon itu berhak untuk memberikan pendapat peribadi.
BACA: Gimik Cekik-Cekik, Fazley Risau Anak-Anak Terikut - "Mereka Tanya Saya Balik, Tak Takut Ker Kena Cekik Nanti Kalau Berlakon?"
Kata Fazley, platform media sosial adalah milik individual dan beliau menghormati ruang peribadi masing-masing.
"Apa yang dia dilakukan itu adalah hak dan kebebasannya. Saya tak ada hak untuk menghalang, dia boleh katakan apa sahaja yang dia suka dan rasa, saya hormati.
"Bagi saya, itu adalah ruang dan ‘rumahnya’ untuk dia luahkan apa sahaja pendapat. Tak perlu pun untuk saya mengambil hati atau tersinggung.
"Sebab apa yang saya lakukan sebelum ini pun adalah melahirkan pandangan. Itu bukan kritik. Kalau saya kritik, ia akan jadi lebih pedas," ujarnya.
Fazley ditemui pada majlis prarasa dan pelancaran menu baharu Ramadan Festive Blessing Tony Roma's di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.
Terdahulu, Fazley telah disindir oleh pelakon terbabit di ruang Instagram Stories menerusi tangkap layar komen seorang netizen yang mengimbas semula isu gelaran doktor beberapa tahun lalu.
Status itu dipercayai ditujukan buat Fazley merujuk kepada gambar dan status yang turut dimuat naik bersama.
Dalam hantaran sama, Iqram memberitahu dirinya tidak mempunyai masa untuk mengambil tahu pandangan orang dan sudah memaafkan setiap individu yang mengulas tentang tindakannya sebelum ini.
Mengulas tentang kal itu lagi, Fazley memberitahu setiap individu punyai cara tersendiri untuk berkongsi di media sosial atau berbicara tentang sesuatu isu.
"Pada saya, setiap artis itu ada cara masing-masing dalam menangani sebarang perkara berbangkit. Ada artis akan cakap lembut, ada yang cakap kasar. Apa pun saya faham, mungkin apa yang dilakukan itu adalah datu konten atau bahan kandungan media sosial.
"Saya pun kalau berjumpa Iqram di luar, kami masih bersahabat dan okey. Kita tiada hak menilai. Jika itu adalah acuan yang dia bawa, siapa kita mahu merubah acuan itu," tambahnya.
Dilantik sebagai duta baharu Tony Roma's, Fazley memperkenalkan beberapa masakan baharu sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Antara hidangan menarik yang disediakan beliau ialah Torch Honey Mustard half Chicken, Brown Butter Pesto Australian Lamb Ribe, Spicy Honey Glazed Crispy Australian Beef Ribs dan minuman Mango Frozen Romarita serta Strawberry Frozen Romarita.