Pelakon, Wawa Zainal mengesahkan dia dan tiga cahaya mata, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil dan Aya Soffya Suhairil bebas wabak Covid-19.

Wawa atau nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, bersyukur kerana mereka masih dilindungi.

“Alhamdulillah, swab (ujian calitan) semalam Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi, syukur ya rab.

“Cuma kadang-kadang takut, sampai bila kita mampu bertahan daripada Covid-19 ini ya Allah. Risau sangat.

“Adik beradik Wawa, anak saudara ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka,” tulisnya.

Wawa berkongsi berita melegakan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Beberapa hari lalu, suami Wawa, pelakon Aeril Zafril yang disahkan positif Covid-19 Dia kini menjalani tempoh kuarantin di kediaman mereka.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)