Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

Cuma Perlu 3 Bahan & Susu Segar! Senang Je Buat Dalgona Coffee Yang Viral Tu...

Amri Hassan 20/03/2020 | 06:05 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan secara tidak langsung mempopularkan hidangan pencuci mulut Dalgona Coffee.
Di media sosial ramai yang mula berkongsi resepi menghasilkan kopi Dalgona yang dibikin sendiri di rumah.
Resepi yang sangat mudah itu hanya menggunakan tiga jenis bahan iaitu serbuk kopi, gula dan susu segar!
Caranya sangat mudah, kacau serbuk kopi bersama gula dengan sedikit air panas menggunakan 'frother' hingga bertukar seakan-akan krim.
Kemudian sediakan ais dan tuangkan susu segar sebanyak 3/4 cawan. Akhir sekali campurkan kopi yang telah tersedia tadi ke dalam cawan dan sedia untuk dihidang. Voila!
Selain serbuk kopi, ada yang menggantikannya dengan nescafe, coklat, milo dan sebagainya mengikut citarasa sendiri.
Jadi, apa kata anda cuba sendiri di rumah dan hidangkan bersama keluarga sambil menonton seleksi siaran percuma di Astro!
Menurut Hypebae, pelakon Jung Il-woo mula memanggilnya Dalgona coffee kerana ia mirip hidangan pencuci mulut jalanan yang popular di Korea Selatan yang menggunakan campuran gula dan serbuk penaik.
Jom tengok video-video tutorial ini:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kredit foto: @Ashril_92
#Viral #Viral #Resepi #Dalgona Coffee
;