Cuma Tunjuk Gambar Kaki, Black Hanifah Boleh Dapat Lebih 44,000 'Likes'

Elrafaei Sapi
Januari 10, 2019 11:04 MYT
Apa saja yang dimuat naik artis popular di media sosial sering menjadi tumpuan ramai peminat.
Bukan saja cerita pasal karier seni mahupun kisah peribadi, tapi jangan hairan apabila status mengenai gambar kaki artis popular juga boleh membuatkan peminat suka tengok.
Perkara ini memang berlaku apabila penyanyi popular, Black Hanifah memuat naik gambar kakinya dengan anaknya menerusi Instagramnya, @black.hanifah.
"Harap tiada siapa perasan kaki saya yang mana," katanya dalam status di media sosial itu.
Meskipun netizen sudah tentu tahu jawapannya berdasarkan warna kulit antara dua kaki itu, netizen tetap 'like' status tersebut.
Bayangkan hanya gambar kaki itu saja boleh mendapat lebih 44,000 'like' daripada netizen. Namun, ia mungkin hanya boleh terjadi pada artis popular seperti Black dan tidak pada artis lain.
Gambar itu juga mengundang jenaka dalam kalangan netizen yang mengusik Black.
"hahaha pakai stokin sek itam ke tu?," kata netizen @putrinormazaira.
Ada komen lebih 'kejam' daripada netizen @nurulfarehah_salleh pula berkata: "Kenapa kaki katil atas tilam bang, katil patah ker?."
Biarpun macam-macam komen yang dilontarkan netizen, Black memang seorang artis yang ‘sporting’ dan tidak berkecil hati dengan komen tersebut yang dianggap sebagai gurauan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @black.hanifah
#Black Hanifah