Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Curang Walaupun Ditatang Penuh Kasih, Wanita Ini ‘Cemburu’ Bekas Suami Hidup Tenang Lepas Bercerai

Gempak
27/02/2024 13:55 MYT
Isu curang tidak hanya tertakluk pada golongan selebriti atau pempengaruh sahaja. Sebaliknya, ia merupakan realiti yang sering kita lihat, dengar malah mungkin merasai sendiri hal berkaitan dengan kecurangan.

Hal yang sama dilalui oleh seorang wanita yang mengakui berlaku curang sehingga bercerai, sungguhpun bekas suami telah memberikan kebahagian kepada dirinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi perkongsian NGL yang diterbitkan semula oleh pengguna X, individu tersebut memberitahu yang bekas suaminya merupakan insan yang matang, penyayang dan tidak culas memberikan nafkah.

Sehinggakan, dia tidak perlu keluar bekerja mencari rezeki memandangkan bekas suami meminta dia untuk memberi fokus untuk menjaga anak-anak di rumah.

Begitupun, apa yang diterima gagal menjadikan wanita itu seorang yang setia. Dia curang dengan lelaki yang ditemui ketika keluar bersama teman. Setahun curang, bekas suami wanita itu akhirnya tahu bekas isteri menipu apabila melihat wanita berkenaan keluar berduaan dengan lelaki terbabit.



Kini sudah bercerai, wanita berkenaan mendedahkan yang dia berasa cemburu apabila melihat kehidupan suaminya tenang, sentiasa positif terhadap dirinya dan tidak pernah gagal memberi nafkah untuk anak-anak.



Sungguhpun sudah tidak bersama lagi, wanita tersebut mengakui masih berharap pada bekas suami selain berharap agar orang ramai mengambil pengajaran terhadap apa yang penang dilakukannya.

Foto: Yahoo! SG
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang

BERITA TRENDING: Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka…

;