Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Curi Sabun Sebab Nak Masuk Penjara, Lelaki Usia 60 Tahun Harap Dapat Makan Free & Tempat Berteduh

Mya Amri
04/08/2022 14:00 MYT
Seorang lelaki di Thailand yang berusia 60 tahun sengaja mencuri tiga buku sabun dengan harapan ditangkap dan dimasukkan ke penjara.

Difahamkan lelaki yang juga merupakan gelandangan itu sengaja berbuat demikian supaya mendapat makanan dan juga tempat berteduh.

Menurut laporan portal Thaiger.com, Pitchit telah ditahan di daerah Sattahip, wilayah Chon Buri kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan) pada 29 Julai lalu.

Pichit mengambil tiga buku sabun dari sebuah farmasi yang berharga 17 baht (RM2.09) setiap satu, menjadikan jumlah kecurian sebanyak 51 baht (RM6.28).

Pemilik farmasi itu, Wirawat Korsirivalanon menghubungi polis untuk menahan lelaki tersebut.

Bagaimanapun seorang penduduk dikatakan cuba campur tangan dan ingin membayar harga sabub itu namun Pitchit menolaknya.

Kata Pitchit, sekiranya dia membayar harga sabun itu, dia akan mungkin akan berjalan tanpa hala tuju dan akhirnya mati kelaparan.

Tambah Pitchit lagi jika dimasukkan ke penjara, sekurang-kurangnya dia dapat menikmati makanan tiga kali sehari, mempunyai katil dan mempunyai rakan untuk berbual.

“Jika saya berada di luar mungkin saya akan mati kelaparan,” ujarnya.

#Penjara #Thailand #Dunia #Kisah Dunia
;