Curi Sosej & Isi Ketam, Dua Remaja Berdepan Penjara Maksimum 14 Tahun
Maliah Surip
30/10/2022 21:21 MYT
30/10/2022 21:21 MYT
Entah apa yang difikirkan dua remaja lelaki ini apabila disyaki memecah masuk stor makanan jiran yang juga peniaga untuk mencuri sosej dan isi ketam.
Suspek berusia 21, dan 22 tahun itu tertangkap hanya mencuri satu paket sosej dan satu paket isi ketam dengan nilai kedua duanya RM30.
Namun dua remaja lelaki tersebut berjaya ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah stor makanan jiran mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Ampang Campuran, di sini, awal pagi semalam.
Kedua-dua remaja itu diberkas selepas mangsa, seorang wanita berusia 38 tahun menyedari tindakan mereka memecah masuk stor berkenaan yang terletak di sebelah rumahnya, kira-kira jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas suspek beredar, mangsa memeriksa stor dan mendapati pintu jeriji bengkok, dipercayai ditendang suspek untuk masuk ke dalamnya.
"Hasil maklumat pengadu, polis kemudian memberkas suspek pada jam 6 pagi semalam. Mereka mencuri satu paket sosej dan satu paket isi ketam milik mangsa berharga RM30.
Suspek berusia 21 tahun yang juga jiran mangsa diberkas bersama rakannya berusia 22 tahun, dipercayai memecah masuk stor makanan itu untuk mencuri makanan milik mangsa yang juga peniaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dilaporkan Berita Harian.
Mohamad Farouk berkata kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum selama empat belas tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.