Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cut Intan Nabila ‘Tunggang’ Kes Kena Pukul?

Gempak
28/08/2024 09:55 MYT
Kes keganasan rumah tangga membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila menjadi sorotan ramai sehingga kisah dibelasah suami ketika masih dalam pantang itu tular ke luar negara.

Ketika perhatian khalayak tertumpu kepada isu tersebut, muncul dakwaan ibu kepada tiga anak itu cuba mengambil kesempatan menggunakan situasi tersebut untuk keuntungan peribadi.

Tuduhan itu disebabkan Cut Intan Nabila atau Intan didapati membuka sebuah akaun Instagram eksklusif yang memerlukan orang ramai melanggan untuk melihat konten.

Netizen beranggapan tindakan itu merupakan cara Intan mencari peluang dari kes dipukul suami yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat dandanan rambut.

Namun, dakwaan tersebut dinafikan rakannya, Shella Saukia yang menegaskan bekas atlet lawan pedang itu tidak memaksa sesiapa atau ‘menjual’ kesedihannya.

Katanya, akaun instagram eksklusif tersebut hanyalah pilihan bagi mereka yang ingin mengikuti Intan lebih dekat.

BERITA TRENDING: “Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

BERITA TRENDING: Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”

BERITA TRENDING: Banyak Lagi Video Dibelasah, Rakan Dedah Cut Intan Nabila Pernah Ditendang Ketika Sarat Mengandung - “Itu Bukan Rumah Tangga Tapi Neraka!”



Sumber: Kosmo ONLINE!

#Suami #Pukul #tunggang #Cut Intan Nabila
;