Cute Habis Nora Danish Beraya Tahun Ini!

Amri Hassan
Jun 13, 2017 06:12 MYT
Bukan hanya pereka fesyen, selebriti pun tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan koleksi raya sendiri.
Nora Danish menerusi jenama pakaiannya, Owl by Nora Danish melancarkan 15 rekaan baju raya paling 'cute' dan romantik.
Helaian Owl by Nora Danish tahun ini menyaksikan permainan ropol pada garisan leher, lengan, kain dan kelim baju menyuntik elemen sensual.
Malah, potongan 'flowy' pada cetakan floral menonjol pada fabrik memberikan ilusi feminin dalam setiap koleksi.
Selain rona pastel yang menjadi keutamaan wanita masa kini, warna-warna asas seperti hitam, merah, biru, hijau dan jingga.
Astro Gempak paparkan helaian eksklusif Owl by Nora Danish sempena Aidilfitri tahun ini.
Teks oleh: Amri Hassan
#Nora Danish #Aidilfitri #Owl by Nora Danish