Masalah berat badan yang melanda aktor Shaheizy Sam sejak kebelakangan ini bukanlah satu perkara baru.

Ini kerana Sam sebelum ini pernah memuat naik beberapa keping gambar menampilkan saiz badan terbarunya yang sedikit berisi.

Tidak cukup dengan itu, Sam juga pernah memuat naik video menyaksikan dia sedang makan dengan penuh berselera.

BACA: “Oi Apehal Selera Gajah Ni?” - Tak Jadi Diet, Shuib Usik Shaheizy Sam

Namun, video terbaru yang dimuat naik Sam di satu entri di Instagramnya telah berjaya membuatkan ramai terhibur.

Video tersebut dirakam oleh isterinya sendiri, Syatilla Melvin dengan memaparkan keadaan Sam yang sedang duduk sambil menikmati minuman.

Apa yang melucukan adalah baju yang dipakai Sam kelihatan begitu sendat hingga menyebabkan butang baju hampir tercabut.

Malah, beberapa jam selepas itu pelakon Polis Evo itu turut memuat naik gambar kancing seluar yang telah tercabut.

“Kita ingat yang menjerit tersiksa tadi yang pergi dulu, rupanya ajal kancing seluar yang kunjung tiba. Weh, aku dah teruk ni,” katanya.

Gelagat mencuit hati itu bukan saja menarik perhatian pengikut Sam di Instagram, malah rakan artis turut terhibur antaranya Zizan Razak, Nabila Huda, Linda Rafar dan Noryn Aziz.

Anda boleh reaksi dan komen mereka di bawah.

Sapa yg kuang ajo skang ni?! ?. @samtilla

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Kita ingat yang menjerit tersiksa tadi yang pergi dulu, rupanya ajal kancing seluar yang kunjung tiba??‍♂️. Weh, aku dah terok ni ???. #EsokDiet

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on