"Cute... Pegang & Hayun Tangan" - Momen 'Sweet' YDP Agong & Raja Permaisuri Agong Buat Ramai Netizen Cair

Hanafis Haris
Julai 31, 2019 02:24 MYT
Semalam telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat dan gilang-gemilang di Istana Negara.
Namun, dalam pada ramai rakyat jelata menyaksikan istiadat itu, terdapat momen yang turut menjadi perhatian terutamanya di media sosial.
Kemesraan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berjalan sambil berpegang tangan serta disulami ketawa ceria itu tular di internet.
Semuanya gara-gara posting video yang dimuat naik oleh Hermy Rahim di Twitter.
Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 44,000 kali dan menerima lebih 32,700 likes.
Rata-rata warganet menyifatkan baginda berdua sebagai pasangan romantis.
"Cute Agong kita. Ni baru sweet," kata seorang pengguna Twitter.
"So sweet pegang tangan macam jalan-jalan dekat taman lepas tu hayun-hayun tangan," kata seorang lagi.
Sementara itu pengguna Twitter menerusi akaun Ezypepper bersyukur kerana berpeluang menyaksikan kemesraan baginda berdua pada hari cukup bersejarah.
“Saya gembira kerana hidup pada detik ini dan dapat menyaksikannya. Sesuatu yang boleh saya kongsikan nanti bila sudah tua dengan anak cucu,” katanya.

Bila isteri marah “apasal tak pegang tangan masa jalan” pic.twitter.com/qdXDG313E8

— HermyR (@HermyRahim) July 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Agong #istana