Hiburan
Cuti Luar Negara? Thailand Dijangka Buka Sempadan Bermula...
Selepas sekian lama ‘berpuasa’ daripada melancong ke luar negara, orang ramai berkemungkinan dapat melakukan aktiviti itu apabila ada negara yang telah membuka sempadan.
Antara paling ditunggu-tunggu pastinya di negara Thailand.
Menurut Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek, jemaah menteri semalam meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.
Menurutnya, jika sebelum ini STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah COVID-19, namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.
"Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong daripada 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini," katanya.
Jelas Ratchada, semua pelawat asing walaubagaimanapun harus mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba.
“STV yang dilancarkan pada penghujung Oktober lalu, pelancong asing boleh tinggal di negara ini hingga sembilan bulan, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif sejurus tiba.
“Selain itu pelancong memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah AS$100,000,” katanya.
Difahamkanm setakat ini Thailand melaporkan keseluruhan 4,126 kes positif COVID-19 dengan 60 kematian.
Sumber: BERNAMA
Must-Watch Video