Mungkin ada yang masih bercuti hari ini, maklumlah alang-alang dah cuti umum semalam kan? Jika ada yang tak tahu nak buat apa sepanjang long weekend, tak payah risau.

BERITA TRENDING: 5 Fakta Menarik Filem War On Terror: KL Anarchy, Sekarang Dah Boleh Layan Di Astro First!

Jom layan lima filem menarik yang kini ditayangkan di pawagam rumah anda menerusi Astro First (Saluran 480):

1. War On Terror: KL Anarchy



Mengisahkan tentang anggota polis bernama Khalid (Aedy Ashraf) dari Pasukan Khas Elit (Elite Special Force) yang cuba membuktikan dia mampu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menggagalkan ancaman pengganas di Kuala Lumpur.

Padat dengan aksi dan naratif yang menarik, War On Terror: KL Anarchy sememangnya wajib ditonton oleh peminat-peminat filem aksi tempatan.

Diarahkan oleh Kroll Azry, War On Terror: KL Anarchy menyajikan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Adlin Aman Ramlee, Qi Razali, Noki dan ramai lagi.

2. Gemencheh Boys



Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Gemencheh Boys diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Filem ini membariskan pelakon Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.

3. Syaaban



Filem Syaaban mengisahkan tentang seorang pemuda Islam iaitu Muhammad Syaaban yang suka terhadap seorang gadis anak kepada ustaz.

Niat Syaaban adalah untuk menikahi anak gadis kepada ustaz tersebut. Tetapi sebelum itu, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh walinya yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum dibenarkan untuk berkahwin.

Filem Syaaban dibarisi dilakonkan oleh Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat dan Nadia Marican sebagai tonggak utama.

4. Trolls: Band Together



Mengisahkan tentang Poppy dan Branch kini secara rasmi menjadi pasangan. Apabila mereka semakin rapat, Poppy mendapat tahu bahawa Branch pernah menjadi ahli dalam kumpulan Brozone, bersama abang-abangnya Floyd, John Dory, Spruce dan Clay.

Namun, apabila Floyd diculik, Branch dan Poppy memulakan perjalanan untuk menyatukan semula saudara-saudara lain dan menyelamatkan Floyd.

Trolls: Band Together memperkenal barisan selebriti terkenal Hollywood sebagai pelakon suara seperti Anna Kendrick, Justin Timberlake, Camila Cabello dan ramai lagi.

5. War Ong



Menampilkan kisah tentang Mohd Putera dan Adam yang masing-masing bertarung untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dalam bidang makanan dan masakan.

War Ong dibarisi barisan pelakon seperti Black, Daniel Dashuki, Nazeera Sardi, Syamim Farid dan ramai lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan filem-filem menarik ini menerusi Astro First (Saluran 480) dengan harga RM15 untuk 48 jam.