Hiburan
Cuti Sekolah Lebih Bermakna Bersama Astro!
Selari dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 14 April yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, Astro selaku peneraju kandungan utama tanah air sedia berkhidmat untuk terus membawakan program-program hiburan yang berinformasi dan bermanfaat buat seluruh rakyat Malaysia.
Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyatnya untuk mematuhi arahan PKP dengan duduk di rumah, rangkaian saluran kanak-kanak dan keluarga Astro (Astro Ceria, Ceria HD, Disney Channel, Nickelodeon, Cartoon Network) tampil dengan pelbagai kandungan menarik.
Program-program di bawah juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO.
Astro Ceria & Ceria HD
FAMILY SPY (Setiap Rabu, 9 malam)
Family Spy mengisahkan tentang seorang bekas perisik hebat antarabangsa, Roz yang terpaksa melepaskan kerjayanya demi melindungi keluarga tercinta.
Ahli keluarganya langsung tidak mengetahui latar belakang pekerjaan Roz sebagai seorang bekas perisik, dan beliau berhasrat untuk mengekalkan rahsia itu terutamanya dari anaknya, Daniel, yang juga merupakan seorang anggota polis!
NICKELODEON
AVATAR: THE LAST AIRBENDER (Sabtu & Ahad, 4 petang)
The Last Airbender mengisahkan tentang sebuah dunia yang dihuni oleh empat negara yakni, Air, Tanah, Udara, dan Api.
Keempat negara itu, semula berjalan damai di bawah pengawasan para Avatar yang merupakan penghubung ke alam roh. Ketika Avatar Aang menghilang, Negara Api meluncurkan serangan untuk membasmi seluruh anggota Udara.
CARTOON NETWORK
OGGY AND THE COCKROACHES (Setiap Sabtu, 12 tengahari)
Oggy, seekor kucing warna biru selalu diganggu oleh lipas-lipas bernama Joey, Dee Dee dan Marky.
Oggy tidak selalunya dapat mengalahkan lipas-lipas ini dalam kebanyakan episod, malah dia dan rakan serumahnya, Jack, turut menanggung rugi dalam usaha mereka mengusir keluar lipas-lipas tersebut.
Astro TUTOR TV
Juga tidak ketinggalan adalah rangkaian saluran pendidikan Astro – Astro Tutor TV UPSR, PT3 dan SPM – yang komited untuk menyajikan kandungan pelajaran terbaik bagi anak-anak.
Dengan Astro Tutor TV, anak-anak boleh mengulangkaji pelajaran di rumah dengan segmen ‘Misi Studi’, iaitu video tutorial animasi pendek, serta ‘Top Tip’ iaitu sebuah program yang menampilkan beberapa ‘Cikgu Viral Malaysia’ untuk mengajar beberapa langkah dan cara menjawab soalan untuk mencapai A dalam peperiksaan.
Ikuti jadual waktu pelajaran Astro seperti berikut:
TUTOR TV UPSR
Hari | Matapelajaran | Masa |
Isnin | Bahasa Melayu | Misi Studi – 2.30 petang
Top Tip – 4.15 petang |
Selasa | Bahasa Inggeris | |
Rabu | Matematik | |
Khamis | Sains |
TUTOR TV PT3
Matapelajaran | Hari & Masa | Segmen |
Bahasa Melayu | Isnin – 11.30 pagi
Selasa – 3.30 petang |
Top Tip
Misi Studi |
Bahasa Melayu – KOMSAS | Isnin – 11.40 pagi | Top Tip |
Bahasa Inggeris | Isnin – 1 petang
Selasa – 2 petang |
Misi Studi
Top Tip |
Matematik | Khamis – 5.20 petang
Jumaat – 4 petang |
Top Tip
Misi Studi |
Sains | Rabu – 9.4o pagi
Rabu – 4.30 petang |
Top Tip
Misi Studi |
Sejarah | Selasa – 3.10 petang | Top Tip |
Pendidikan Islam | Khamis – 9.30 pagi | Top Tip |
Geografi | Rabu – 11.50 pagi | Top Tip |
TUTOR TV SPM
Hari | Matapelajaran | Masa |
Isnin | Bahasa Melayu | Top Tips – 1.50 petang
Misi Studi – 2.00 petang |
Selasa | Bahasa Inggeris | |
Rabu | Matematik | |
Khamis | Sains |