Hiburan

Cuti-Cuti Malaysia! Selain Langkawi, Sabah & Sarawak Pun Jadi Tumpuan, Tapi Harga Tiket Mencecah Ribuan Ringgit?

gempak
Hanafis Haris
09/06/2020
10:26 MYT
Sponsor Banner
Cuti-Cuti Malaysia! Selain Langkawi, Sabah & Sarawak Pun Jadi Tumpuan, Tapi Harga Tiket Mencecah Ribuan Ringgit?

Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan hotel dan resort di beberapa negeri telah mula ‘dibanjiri’ dengan tempahan orang ramai.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pengumuman hotel di Langkawi yang ‘sold out’, namun rupanya Pahang juga menerima nasib sama.

Difahamkan hotel dan kawasan penginapan seperti di Cameron Highland menerima lebih 300 tempahan bilik hanya beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat.

Selain itu, destinasi lain di Pahang seperti Kuantan, Cherating, Rompin serta Pulau Tioman dan juga Taman Negara juga menerima tempahan daripada pengunjung domestik yang mahu bercuti.

Perkara ini disahkan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang melihat situasi ini sebagai satu impak positif kepada industri pelacongan khasnya hotel dan resort yang terjejas akibat COVID-19.

Sementara itu di Twitter, rata-rata warga maya turut memilih untuk bercuti di Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, ada di antara mereka terpaksa membuat pusingan ‘U-turn’ disebabkan harga tiket penerbangan satu hala ke dua-dua negeri itu mencecah ribuan ringgit.

Malah, ada beberapa tarikh yang dilihat mencecah hingga RM3,000 untuk penerbangan dua hala.

Anda boleh lihat antara keluhan mereka di bawah.

3k return.

Pergi Miri pulak tu.
Ini masuk technical punya kira.
MYY load factor kecik. Tak macam BKI, KCH, PEN, LGK. Flight pun tak banyak. Orang nak keluar masuk pun tak seramai tmpt lain. Aku cuma boleh cakap, MYY tiket mmg mahal dari dulu. Now? Mmg lg mahal la. pic.twitter.com/2PsnoATSrS— terpaling frequent flyer (@rizarul) June 9, 2020

Dalam perkembangan lain, Gempak dimaklumkan beberapa hotel di Negeri Sembilan telah menawarkan diskaun buat orang ramai yang ingin bercuti.

Menerusi Sinar Harian, Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, hotel-hotel yang berdaftar sebagai ahli (MAH Negeri Sembilan) akan menawarkan diskaun penginapan bermula dari 50 peratus dan ke atas.

Antara lokasi pelancongan utama di Negeri Sembilan ialah pantai peranginan Port Dickson dengan produk pelancongan seperti hotel dan penginapan serta Muzium Angkatan Tentera, selain beberapa lokasi lain di Kuala Pilah, Seri Menanti dan Seremban.

Sumber: Twitter, Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live