Laman Utama

Da' Bomb! Bakal Bikin Konsert Di DFP, Jom Semak Fakta-Fakta Menarik Tentang Ruffedge!

Amri Hassan
04/06/2022
10:50 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert oleh kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge, pada 2 Julai ini.
Konsert yang diberikan nama Ruffera ini akan menyaksikan Ruffedge mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan lain yang telah berpeluang mengadakan konsert di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret, sejajar dengan matlamat DFP untuk menyajikan persembahan dari pelbagai genre muzik kepada orang ramai.
Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan membuat kemunculan sulung di pertandingan Sony Battery Face On Talent Search pada tahun 1999, di mana kumpulan ini memenangi tempat pertama. Sepanjang karier mereka, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti Tipah Tertipu, Da’ Bomb dan banyak lagi.
Kumpulan ini telah melahirkan tiga album studio dan dua album kompilasi yang telah mendapat sambutan hangat. Album Defined (2004) dan Ruffera (2005) telah menerima anugerah platinum.
Ruffedge telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan telah dicalonkan di beberapa acara anugerah yang lain seperti Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Kumpulan ini juga telah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2004.
Persembahan sulung Ruffedge di DFP ini akan menyaksikan kuintet popular ini membawa peminat-peminatnya menyelusuri memori dengan lagu-lagu popular mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Lemas dan Seperti Mereka serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain.
Mereka akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dipimpin oleh Dato’ Acis sebagai Pengarah Muzik.
Untuk pembelian tiket, sila layari https://www.dfp.com.my/ruffera.
Harga Tiket Premium: RM200, A Reserve: RM180, B Reserve: RM140 dan C Reserve: RM100 Suite: RM320 & RM360
Operasi Box Office Selasa ke Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan Ahad: 12.00 tengahari ke waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)
Tempahan Telefon: 603-2331 7510 / 7511 / 7512 Tempahan Email: [email protected] Laman Web DFP: www.dfp.com.my Laman Web MPO: www.mpo.com.my Facebook dan Instagram DFP: @dewanfilharmonikpetronas Facebook dan Instagram MPO: @malaysianphilharmonicorchestra YouTube: MPO TV Spotify: MPO TikTok: @malaysianphilharmonic
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Exists, Ungu ‘Berentap’ Di Pentas Konsert Pada 14 Julai Ini

gempak
07/07/2024
08:25 MYT
Impian dua buah kumpulan popular Exists dan Ungu untuk beraksi di atas satu pentas konsert berskala besar akan terlaksana.
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Peraduan

GMW Giveaway: Janda Baik Festival

gempak
03/07/2024
14:16 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Ke The Hardest Singing Show Minggu Kesembilan

gempak
03/07/2024
14:00 MYT
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.