Pendakwah bebas, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang dengan pengacara, Hana Ismail.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon Datin Seri Umie Aida dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.

Umie yang difahamkan hadir sebagai tetamu telah berkongsi kemeriahan majlis pertunangan serta merisik mereka.

Dalam masa yang sama Umie sempat memberi kata-kata nasihat sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga tidak lama lagi.

"Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

"Jaga amanah ini sebaiknya Da'i Syed dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya" tulisnya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan urusan persiapan perkahwinan mereka dipermudahkan.