BERITA
"Dada Saya Dibuka Tiga Kali" - Tun M Imbau Detik Cemas Serangan Jantung, Jadi Pencetus Penubuhan IJN
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan pengalaman getir apabila terpaksa menjalani tiga pembedahan jantung, termasuk satu prosedur besar di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 1989.
"Dada saya telah dibuka sebanyak tiga kali. Ia agak menakutkan apabila dada anda dibuka dan orang 'bermain-main' dengan jantung anda, tetapi Alhamdulillah saya selamat," katanya.
Perkongsian penuh emosi itu disampaikan oleh Dr Mahathir semasa majlis sambutan ulang tahun ke-100 anjuran Institut Jantung Negara (IJN), sebuah institusi yang diasaskan hasil daripada pengalamannya sendiri.
Dr Mahathir berkata pada awalnya beliau tidak pernah menyangka akan mengalami masalah jantung kerana menganggap dirinya sihat dan aktif. Namun segala-galanya berubah selepas satu majlis makan malam pada tahun 1989.
Selepas mendapatkan bantuan perubatan, beliau disahkan mengalami serangan jantung kecil dan dirawat oleh pakar jantung Tan Sri Dr Robaayah Zambahari serta pasukannya di HKL.
Ketika ditawarkan pilihan untuk menjalani pembedahan jantung sama ada di luar negara atau di Kuala Lumpur, Dr Mahathir memilih untuk melakukannya di tanah air.
"Saya fikir saya patut sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit keyakinan kepada doktor-doktor di Malaysia," kata beliau lagi.
Pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah jantung terkenal, Tan Sri Dr Yahya Awang, berjalan lancar walaupun mengambil masa berjam-jam.
Pengalaman tersebut menjadi pencetus kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN) selepas doktor menyuarakan keperluan untuk fasiliti yang lebih baik di HKL.
"Saya fikir, kenapa tidak? Kita patut ada sebuah pusat jantung. Dan sudah tentu, pada masa itu saya adalah Perdana Menteri, dan Perdana Menteri mempunyai banyak kuasa," ujar beliau.
Beliau meluluskan penubuhan pusat jantung baharu dan seterusnya IJN diwujudkan, yang kini menjadi antara institusi rawatan jantung terkemuka di rantau ini.
Dr Mahathir yang pernah menjalani satu pembedahan di HKL dan dua lagi di IJN, turut menyatakan keyakinan penuh terhadap kebolehan doktor tempatan.
"Saya yakin bahawa doktor kita sama hebatnya dengan sesiapa sahaja. Kepercayaan saya ialah kita boleh melakukan apa sahaja yang orang lain boleh lakukan," tambah beliau.
Tun M juga mendedahkan beliau telah melalui tiga pembedahan jantung di Malaysia, satu di HKL dan dua lagi di IJN yang menjadi bukti kejayaan sistem kesihatan kardiovaskular negara.
Untuk rekod, beliau mengalami tiga serangan jantung, satu pada tahun 1989 dan dua lagi pada 2006, sebelum menjalani pembedahan pintasan kuadrup pada tahun berikutnya.
Majlis istimewa itu turut menyaksikan pelancaran biografi bergambar 'Tun Dr Mahathir Mohamad: 100 Tahun' serta video penghargaan istimewa. Hadir sama ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, barisan pengarah, pakar dan kakitangan IJN serta rakan-rakan kerjasama perubatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, majlis ini bukan sekadar meraikan ulang tahun kelahiran Tun M, tetapi satu penghormatan atas sumbangan besar beliau terhadap sektor kesihatan negara.
“Daripada pengalaman peribadi Tun M, lahirlah sebuah institusi yang kini menjadi antara pusat rawatan jantung terbaik di Asia. Kami berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan beliau selama ini,” ujarnya.
IJN kini dikenali sebagai institusi penjagaan jantung bertaraf dunia, menawarkan rawatan berkualiti tinggi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga pesakit antarabangsa.

"Saya sangka jika saya baring, ia akan hilang. Saya baring, ia tidak hilang. Saya bangun, ia tidak hilang. Saya berjalan-jalan, saya masih rasa sesuatu yang 'ketat' di dada saya," tambah beliau.