Dadah Jenis Bombe Mampu Tukar Manusia Jadi Zombie? Tidur Berjalan Selama…
26/10/2021 14:03 MYT
Bertukar menjadi ‘zombie’, mungkin itu antara kesan sampingan apabila mengambil satu jenis dadah baharu yang dinamakan sebagai Bombe.
Menerusi laporan Daily Star, dadah berkenaan kini dikatakan sedang popular dan laris di ibu negara republik Congo.
Difahamkan, kandungan dadah tersebut agak luar biasa apabila diambil daripada penapis ekzoz yang dihancukan.
Bahan tersebut kemudian diadunkan bersama kandungan lain termasuklah ubat tidur ataupun rokok tembakau.
Malangnya, individu yang mengambil dadah baru ini akan mengalami kesan agak teruk seperti ‘lumpuh’ selama beberapa jam.
Selain itu, ada juga mendakwa ia membuatkan seseorang itu mengantuk dan mampu tidur selama beberapa hari.
Menurut Pakar toksikologi Prof Ndelo Di Panzu, kesan pengambilan dadah itu cukup bahaya.
Jelasnya, biarpun hanya mengambil dalam kuantiti sederhana, ia mampu mengubah gaya seseorang itu seperti ‘zombie’.
“Mereka tidak sedarkan diri tapi mula berjalan.
"Mereka akan tidur berdiri dan mula menggaru lengan dan ekspresi muka mereka berubah-ubah," katanya.
Sumber: Daily Star