Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Daddy, Ajar Saya Ambil Wuduk” - Keletah Yusuf Iskandar Sentuh Hati Netizen

Azwa Rahman 10/07/2020 | 08:38 MYT
Anak lelaki kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar mencuri tumpuan wargamaya apabila mahu belajar cara mengambil air wuduk.
Menerusi laman sosial Instagram Yusuf, foto tersebut dikongsi untuk tatapan umum.
“Hari ni Yusuf pergi kat daddy, “daddy, boleh ajar Yusuf ambil wuduk?” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Yusuf kelihatan seperti mahu menunaikan solat.

Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?” Mommy dari dalam bilik: ?????

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh apabila anak kecil itu sudah tahu tentang kewajipan rukun Islam kedua.
“Alolo, bijaknya budak ni. Sentiasa jadi anak yang soleh untuk mummy dan daddy ya,” kata seorang wargamaya.
“Alaa perasaan mummy dengan daddy mesti berbunga-bunga,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, rahmat Allah buat Yusuf,” tulis seorang wargamaya.
“Aaa Yusuf dah besar. Membesar jadi anak yang soleh ye sayang,” pesan seorang wargamaya.
“Bakal pemimpin yang soleh, untungnya,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 120,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Sekadar info, pasangan Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah
#Hairul Azreen #Yusuf Iskandar #Sembahyang
;