Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farah Asyikin berkongsi perasaannya membesarkan anak sulungnya, Ebrahim Owais Stephen selepas bercerai pada 2016.

Dedah Farah, dia mengerti apabila anak tunggalnya itu adakalanya bertanyakan bapa kandungnya walaupun hanya menjenguk sekali setahun tanpa memberikan nafkah.

"Saya boleh faham sekarang apabila anak saya bertanyakan bapa kandungnya (Daddy) walaupun datang berjumpa sekali setahun tanpa nafkah sejak lima tahun lepas.

"Dia akan menginjak usia lima tahun pada tahun ini dan sudah memberikan terhadap apa yang berlaku kepadanya sekarang.

"Kadang-kadang rasa menjengkelkan untuk mendengarnya tetapi dia seorang anak yang pandai bersangka baik dan menerima apa sahaja yang Daddy cakap.

"Tetapi saya bersyukur anak saya menerima suami saya (yang dipanggil Ayah) seperti bapa kandungnya.

"Ayahnya sentiasa ada bersamanya dan kami tahu dia sayangkan Ayahnya," tulisnya menerusi akaun Facebook peribadinya.

Posting itu kata Farah sempena mengenangkan pemergian bapanya sejak tiga tahun lalu.

Kongsi Farah, dia sentiasa mimpikan arwah bapanya dan masing terkenangkan momen-momen ketika menjaga bapanya di hospital.


Farah mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama pengurus sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar pada Januari 2017.

Sebelum itu, Farah berkahwin dengan seorang warganegara Afrika Selatan, Zaahier Stanley pada 2013 dan pasangan itu dikurniakan Owais.