Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, sudah pasti menganggap binatang tersebut sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Begitu juga dengan Lara Alana, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang berdepan episod duka apabila ikan laga yang dibelanya sejak lapan bulan lalu mati baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Lara menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

""Daddy, I’m not ready for this" (Daddy, saya tak bersedia nak hadapinya). Berkali kali Lara ulang perkataan ni, tapi Allah lebih sayangkan Sushi.

"Sekarang baru Lara tahu, yang kita tak pernah akan bersedia untuk situasi seperti ini. Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang," luahnya.

Katanya, ikan tersebut cukup bermakna kerana memberi keceriaan dalam hidupnya terutamanya sepanjang berada di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Masa Auntie Joy beritahu yang Sushi dah tak ada, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed (beri makan), dia akan hidup balik, tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya.

"Terima kasih Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan terutamanya sewaktu PKP hari itu, sekejap sahaja kita dapat bersama," katanya.

Begitupun, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila Lara dilihat tidak dapat mengawal emosinya selepas terpaksa menerima hakikat bahawa ikan yang diberi nama Sushi itu sudah pergi meninggalkan dirinya.

Dalam video tersebut Lara dilihat ditemani ibu bapanya menguruskan bangkai ikan yang ditanam di kawasan kediamannya.

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa)



Rata-rata netizen mengakui turut sama sebak dan ada yang sama mengalirkan air mata melihat kesedihan Lara yang cukup terkesan dengan kematian ikannya itu.

"Dengan kita-kita nangis pula tengok Lara nangis. Aduh, hati tisunya.

"Sebak rasa tengok Lara menangis.

"Ini menunjukkan Lara bini insan yang penuh dengan kasih sayangnya.

"Perasaan bila haiwan kesayangan pergi memang sedih sangat-sangat," komen sebahagian netizen.