Berita
"Daddy Jaga Hamzah Ye Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang" - Sayu Fad Bocey Peluk Anak Tunggal Arwah Abam
Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam mahu memastikan anak tunggal Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau Abam Bocey akan sentiasa dijaga dengan baik.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Fad memuat naik sekeping gambar dia memeluk erat anak kepada arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan itu.
"Daddy, jaga Hamzah ye nak, anak daddy empat orang sekarang," tulis Fad berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.
Gambar yang memilukan itu membayangkan betapa akrabnya mereka di dalam Kumpulan Bocey seperti adik beradik sendiri.
Perkongsian Fad itu mendapat lebih 418,000 tanda suka hampir 5,000 komen. Rata-rata komen daripada teman selebriti sendiri yang ternyata setuju dengan kenyataan Fad.
"Jaga dia Fad. Selagi hayat dikandung badan," tulis Jihan Muse.
Fad yang merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio berkahwin dengan Nur Syahirah A. Rahman pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Manakala Allahyarham Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.