Berita
"Daddy Will Always Give Up My Life For You" - Ini Ucapan Menyentuh Hati Aliff Aziz Pada Anak
Pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean dalam hidupnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff berkongsi ucapan serta luahan sempena menyambut ulang tahun kelahiran anaknya hari ini.
"This very date 2 years ago, my precious blessing from Allah was born. We named him Mohamad Ayden Adrean and today is his 2nd birthday!
"Happy birthday buddy, it seems to Daddy like it was just yesterday you were born. Your cries, your laughter, your dance, your voice never fails to reach the most deepest part of my heart.
"I pray to Allah that He blesses you with great health and protects you and bless you with taufik and hidayah sayang.
"No matter what anybody says, Daddy will always give up my life for you. Happy 2nd birthday @aydenadrean17 ! I love you buddy," tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui tersentuh dengan ucapan yang dilakukan oleh Aliff dan mendoakan agar dia belajar daripada kesilapan sebelum ini.
"@hhhakimish._: Betabahlah bro ini ujian dari tuhan apa pun happy birthday Ayden."
"@ba_d__: Baru nak menyesal? Lain kali jangan mengatal sangat! Aku harap kau dengan Bella bersatu balik tapi jangan menggatal lagi ok. Stay strong Aliff."
"@ijaamirah: Semoga daddy kuat dan berjodohan semula dengan mummy Ayden ye. InsyaAllah aminn."
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.