Peminat kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS mengambil keputusan untuk memberikan kelainan dalam majlis perkahwinannya.

Pasangan itu mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan mas kahwinnya bukan terdiri daripada wang sebaliknya koleksi album BTS.

Difahamkan peminat itu juga menggunakan BTS sebagai tema majlis perkahwinannya.

Menerusi foto yang menjadi perbualan dikalangan Army (peminat BTS) merakamkan wajah wanita itu tersenyum dengan begitu gembira sebaik sahaja memegang ‘mas kahwinnya’.

Malah pasangannya juga mendapat pujian apabila jurufoto turut merakamkan gelagat suaminya yang cukup sporting membuat isyarat popular di korea iaitu mini love ketika bergambar.



Dalam pada itu menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata Army meninggalkan komen positif selain mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.