Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dah 2 Bulan Kes Anak Hampir Diculik, Polis Masih Belum Dapat Keterangan Lufya

Gempak
02/09/2022 03:25 MYT
Biarpun sudah dua bulan berlalu, polis masih belum mendapat kerjasama daripada pelakon, Lufya Omar bagi siasatan kes cubaan culik anak perempuannya pada 26 Jun lalu.

BACA: Lufya Cedera, Bergelut Selamatkan Anak Hampir Diculik Di Taman Permainan

BACA: Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya

BACA: Lufya Buat Laporan Polis


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sehingga kini pihaknya belum merakam keterangan wanita itu.

"Kita (polis) masih menunggu kerjasama beliau (Lufya) dan kita perlu mengambil keterangan anaknya berkaitan kejadian berdasarkan laporan polis dibuat pada Jun.

"Malah, kanak-kanak itu juga kita perlu merujuknya kepada Child Interview Center (CIC) untuk diambil keterangan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat, namun dia cedera di muka mendakwa dipukul menggunakan batang kayu.

Wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Kota Damansara kira-kira 6 pagi pada 29 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro

#Lufya Omar #Anak #Culik #Polis #Damansara #Keterangan #Taman Permainan #Petaling Jaya
;