BERITA
Dah 44 Hari Tak Makan Nasi, Peminat Zulkifli Ismail Nak Tahu Rahsia Diet
Pelakon senior, Zulkifli Ismail berjaya membuktikan dia mampu untuk melakukkan diet sehingga 44 hari tidak makan nasi.
Perkembangan terkini diri aktor itu dikongsi menerusi akaun di media sosialnya, Facebook, @Zulkifli Ismail.
Tindakan pelakon itu untuk berdiet nyata menarik perhatian netizen yang tertanya-tanya bagaimana Zulkifli boleh melakukan diet sedemkian.
"Macam mana rasa badan abang Zul tak makan nasi. Nak ‘try’ la, banyak yang saya tengok tak makan nasi berjaya kurangkan berat badan, kurangkan kolestrol dan gula dalam badan. Kena kuat je la menempuh dugaan ni," kata seorang netizen yang dikenali sebagai Mem Ug.
Seorang lagi netizen iaitu RJ Bangi AlHaj menyatakan rasa kagumnya pada pelakon itu kerana boleh melakukan diet tanpa makan nasi.
"44 hari tak menasi.. wow hebat disiplin," katanya.
Bagaimanapun, pelakon itu tidak menjelaskan sebab dia melakukan diet.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @actorzulkifli