Laman Utama
Dah Ada Surat Kebenaran Pun Jamal Abdillah 'Ditahan' Di SJR, Kenapa Tu?
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, 'ditahan' polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, pada Khamis.
Bagaimanapun, Jamal ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.
Jamal berkata, beliau dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.
"Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.
"Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar. Jamal juga tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
"Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.
"Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.
"Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalahan," katanya.
Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.
"Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video