Hiburan

“Dah Amik Vaksin, Tak Keluar Ingat Tak Kena Tapi…” – Anak Hafizul Kamal Masuk Wad

gempak
Mya Amri
17/01/2020
08:42 MYT
Sponsor Banner
“Dah Amik Vaksin, Tak Keluar Ingat Tak Kena Tapi…” – Anak Hafizul Kamal Masuk Wad
Pelakon Hafizul Hafiz mendedahkan anak sulungnya, Raisya Amanda dimasukkan ke hospital.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi foto merakamkan Raisya duduk di atas katil dengan tangan yang berbalut.
Menurut Hafizul, dia tidak menyangka anaknya terkena jangkitan kerana sudah mengambil vaksin Influenza.
“Dak kenteng down… Daddy ingat dah amik vaksin dan tak keluar tak kena tapi rasanya masa pergi ambil tu yang kena kot sebab waktu tu memang ada patient yang +ve influenza.
“Mummy kena jaga adik… Kita lepak dua la na… Cepat sembuh @raisyaamanda__ and take care gais,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen selain pengikut, rakan selebriti juga mendoakan kesembuhan Raisya.
“Get well soon kenteng daddy,” tulis @sharnaazahmad
“Alala… Kesian kakak Raisya! Get well soon sayang,” doa @nienabaharun.nb
Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
Manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024