Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dah Bagi Ubat, Kalau Tak Baik Kena Sunat…” - Anak Mona Allen Alami Jangkitan Pada Kemaluan

Shahrin Zulkifle
20/01/2023 05:00 MYT

Pelakon Mona Allen memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan bayi lelakinya, Petra Pekin yang mengalami jangkitan kuman pada bahagian kemaluan.

Kata Mona yang juga isteri kepada aktor Pekin Ibrahim, sekiranya jangkitan tersebut masih tidak sembuh selepas diberikan ubat oleh doktor, bayi berusia empat bulan itu berkemungkinan akan dikhatan.

“Doakan Petra, anak saya ada infection dekat bahagian tutttt (kemaluan). Doktor dah bagi antibiotics tapi kalau tak baik kena sunat.

“Alahai tak sampai hati tengok dia nangis, sebab tadi doktor picit keluarkan darah mesti pedih nak kencing,” kongsinya menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories.

Dalam pada itu, Mona turut meminta pandangan daripada pengikutnya di laman Instagram dengan bertanyakan sekiranya ada yang pernah khatankan anak mereka di usia seawal empat bulan.

“Saya tahu sunatkan bayi yang kecil is good, senang baik dan tak banyak gerak jika bayi bawah empat bulan.

“Tapi petra dah empat bulan, dia tengah lasak, saya nak tahu ada tak yang pernah sunat bayi empat bulan dan ke atas,” soalnya.

Untuk info, Mona dan Pekin selamat mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Pekin Ibrahim #Bayi #Mona Allen #Sunat #Khatan #Petra Pekin
;