Laman Utama
“Dah Banjir Macam Mana Nak Mengundi?”- Rakyat Luah Perasaan
Saban tahun berdepan masalah sama, banjir besar apabila hujan berterusan.
Malah, penduduk Kampung Chemperai, di sini, berkata pernah suatu ketika penduduk berdepan kejadian banjir sebanyak 12 kali dalam tempoh 11 tahun akibat ban yang pecah.
Mangsa banjir, Shamsul Bahrin berkata air mula naik mendadak pada 7 pagi Khamis menyebabkan kawasan rumah tenggelam.
"Hujan berterusan malam tadi dan air mula naik pukul 2 pagi tapi hanya paras kaki, namun pada pukul 7 pagi, air naik dengan mendadak," jelas Shamsul.
Dia berkata ini merupakan kali ke-12 banjir berlaku sepanjang menetap di situ.
"Saya duduk sini dah 11 tahun, tapi ini dah 12 kali terjadi. Banjir berpunca daripada air sungai dan ban yang pecah.
"Barang-barang dalam rumah ni semua pakai buang, sebab tahu akan jadi banjir lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata banjir ini mungkin akan mempengaruhi jumlah turun pengundi di kawasan itu pada Sabtu nanti.
"Kalau dah banjir, macam mana nak mengundi?" ujarnya.
Menurut portal Jabatan Saliran dan Pengairan setakat pukul 10.30 pagi paras air Sungai Langat di Dengkil Sepang berada pada paras 8.4 meter iaitu paras bahaya.
Must-Watch Video