Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dah Bayar RM33,000 Tapi Vida Tak Jadi Buat Pembedahan Bariatrik - "Syukur, Allah Masih Sayang Saya..."

Gempak
19/12/2022 12:50 MYT
Dek kerana rasa takut, usahawan popular Datuk Seri Vida menarik diri daripada melakukan pembedahan bariatrik sekitar enam tahun lalu.

Jelas Vida, dia sudah membuat bayaran sebanyak RM33,000 sebagai wang pendahuluan untuk pembedahan terbabit.

"Namun, saya batalkan hasrat pada saat-saat akhir kerana takut walaupun wang pendahuluan sudah dibayar. Saya tiba-tiba tak sanggup nak buat (pembedahan).

"Syukur, Allah masih sayang saya. Ketika itu, saya berhasrat nak buat pembedahan (bariatrik) pun sebab teringin nak kurus dan rasa cantik. Ditambah ketika itu, saya juga adalah penaja Gegar Vaganza.

"Selain itu, saya juga terpengaruh dengan rakan-rakan yang melakukan pembedahan itu. Jadi, saya pun mahu mencubanya. Tapi, mujur akhirnya tak jadi," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Vida, beliau akhirnya memilih menggunakan produk keluaran syarikatnya bagi merealisasikan hasrat menurunkan berat badan, selain melakukan aktiviti kecergasan sebagai rutin harian.

"Saya hanya nak amalkan guna produk sendiri. Tak perlu bedah. Tapi, kepada rakan usahawan lain, saya ingatkan agar tidak mengambil kesempatan kepada pengguna sekiranya anda kurus secara pembedahan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.


#Datuk Seri Vida #DSV #Vida #GV #Bariatrik
;