HIBURAN

“Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa” - Fattah Amin Risau Fatima Tak Sihat, Mohon Doa Semua

Khairil Khusyairi 07/03/2025 | 01:50 MYT
Pelakon terkenal, Fattah Amin, berkongsi perkembangan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Fattah memuat naik tangkap layar daripada akaun Instagram Fatima, yang memperlihatkan puteri tunggalnya sedang menerima ubat, memberi gambaran bahawa anaknya kurang sihat.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.
Sebelum ini, Fattah menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa dirinya sudah lama tidak meluangkan masa bersama anak perempuannya itu disebabkan kesibukan bekerja.
Jelas Fattah, dia tetap menjalankan tanggungawabnya sebagai seorang bapa meskipun sibuk dengan kerjayanya yang kini sedang meroket.
Bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu turut menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.
Terdahulu, Fattah dan bekas isteri, Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober 2024.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya, 5 tahun.
#Anak #Fazura #Isteri #P #Bekas #Amin” #penjagaan #“Fattah #“Fafima #“Kurang #Aisya” #Sihat”