Laman Utama

Dah Beri Izin Bekerja, Suami Tiada Hak Atas Duit Kerja lsteri

gempak
Azwa Rahman
28/07/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
Dah Beri Izin Bekerja, Suami Tiada Hak Atas Duit Kerja lsteri
Apabila si isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri setiap bulan, suami tidak boleh menggunakan duit berkenaan.
Demikianlah kata penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus apabila mengulas mengenai isu isteri yang bekerja.
Walau bagaimanapun, isteri wajib meminta izin terlebih dahulu untuk keluar bekerja melainkan suaminya sakit.
“Bila suami sudah beri izin isteri bekerja dan isteri memberikan gaji dan duit itu kepada suami. Namun, suami tidak boleh makan satu sen pun.
“Suami tidak berhak ke atas duit tersebut kerana isteri tidak wajib kerja. Sekiranya Isteri bekerja adalah untuk membantu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, si isteri juga tidak wajib untuk mengeluarkan duit bagi menguruskan keluarga sebaliknya ia adalah tanggungjawab suami.
“Ada tiga perkara suami perlu tanggung iaitu makan minum, tempat tinggal dan pakaian.
“Walaupun gaji isteri lebih besar dari gaji suami, tiga perkara ini wajib ditanggung oleh suami sehingga mati atau berpisah. Itu hukum,” ujarnya lagi.
Sumber: Kosmo Online!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024