Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

"Dah Berkurun Mak. Dia Pergi Time Zaman Nabi Adam Lagi!" - Gurau Senda Chef Wan & Cik Ani Buat Netizen Gembira Dalam Duka

Badrul Hashim 01/10/2019 | 10:36 MYT
Dato' Redzuawan bin Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan memang selalu berkongsi kisah bersama ibunya, Noraini Abdullah atau sering dipanggil Cik Ani di Instagramnya.
Semua orang yang mengikuti Instagram Chef Wan tahu bahawa dia sendiri yang akan memasak makanan untuk ibunya yang tersayang. Walau sesibuk manapun, itulah perkara yang tidak akan dilupakan.
Perkongsian Chef Wan juga turut menghiburkan netizen yang mengikuti dan tak kurang juga diselitkan dengan kata-kata nasihat yang membuatkan netizen sendiri teringat kepada ibu atau ayah masing-masing.
"Morning from mother with her dancing move macam kayu ni. Jadi la janji urat tak semput kan.
"She asked me, Wan penyanyi dua ni dah mati ke? I said, Ya Allah emak dah berkurun dah emak. Dia pergi time zaman Nabi Adam lagi!" usik Chef Wan.
Tambah Chef Wan, ketika ibunya masih menari dan menghiburkan hati, dia menyiapkan hidangan untuk makan tengahari ibunya.
"Just make her Prawns Sambal Petai and Red Snapper fish soup. Pagi-pagi buta bangun masak just want to make sure she eat proper meal and well.

Morning from mother with her dancing move mcm kayu ni... Jadi la janji urat tak semput kan.? She asked me...." Wan penyanyi dua ni dah mati ke? I said " Ya Allah emak dah berkurun dah emak...dia pergi time zaman Nabi Adam lagi!"??? While she is dancing i better finish my mother lunch. Just make her Prawns Sambal Petai and Red Snapper fish soup. Pagi2 buta dan bangun masak just want to make sure she eat proper meal and well. Sometime bila saya ziarah rumah orang tua2 ini dan melihat makanan mereka mcm makanan hospital rasa sedeh pun ada. Not just that they too have such lonely life away from their love ones. Tak tahu la mcm mana anak2 boleh buat mcm tu pada ibu dan bapa mereka. #cikanisayang

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

"Sometime bila saya ziarah rumah orang tua-tua ini dan melihat makanan mereka macam makanan hospital rasa sedih pun ada. Not just that, they too have such lonely life away from their love ones," tulis Chef Wan membangkitkan rasa pilu di hati pembaca.
Tulis Chef Wan lagi, dia tidak tahu bagaimana sesetengah anak boleh meninggalkan ibu atau bapa mereka di rumah orang-orang tua.
#Chef Wan #Emak
;