Hiburan

"Dah Bermaafan & Tidak Berdendam" - Sharnaaz & Nabila Cerai Cara Baik

gempak
Zulaikha Yusof
22/07/2020
05:44 MYT
Sponsor Banner
"Dah Bermaafan & Tidak Berdendam" - Sharnaaz & Nabila Cerai Cara Baik
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengesahkan dia sudah bercerai dengan kakak kepada pengacara, Neelofa iaitu Noor Nabila secara hakam pada 9 Julai lalu.
Menurut Sharnaaz, dia tidak berdendam malah mereka sepakat memilih untuk mengikut haluan masing-masing dengan cara baik.
"Ya memang saya dan Nabila dah pun berpisah secara hakam pada 9 Julai lalu. Tetapi alhamdulillah saya dan Nabila tak ada masalah. Kami berkawan cara baik, berpisah pun cara baik.
"Kami pun dah bermaafan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Saya tidak berdendam, sama juga di pihak Nabila. Ini semua ketentuan Allah, tidak ada yang kahwin nak berpisah.
"Kita manusia tapi Allah merancang. Mungkin saya bukan suami terbaik dan bagus tapi satu ja saya akan menjadi seorang bapa yang baik pada anak saya, Jebat Jayden," katanya menerusi Instagram TV.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu yang penting sekarang adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka bersama.
"Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu untuk membesarkan dan memberi yang terbaik pada Jebat. Saya takkan pernah bagi Jebat rasa kehilangan bapa.
"Walau sibuk atau sakit macam mana pun saya akan cuba untuk bertemu dengan Jebat di rumah Nabila. Dah bertahun kami hidup macam ni, lebih elok berpisah dan mencari jalan masing-masing untuk kebaikan bersama.
"Yang penting takda gaduh. Alhamdulillah saya dapat perlepasan daripada Nabila untuk berjumpa dengan Jebat bila-bila masa sahaja. Insya-Allah saya akan ada untuk Jebat sampai hujung nyawa," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan dia tidak ingin memikirkan soal pengganti buat masa sekarang.
"Jangan tanya saya bila nak ada pengganti. Saya tak nak fikir pasal tu yang penting saya ada anak saya. Dah cukup," kata Sharnaaz.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun bulan Ogos ini.
September tahun lalu, Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz namun pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu menolak permohonan cerai tersebut.
Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tersebut.
Sharnaaz kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya namun pasangan itu dilihat berbaik-baik semula baru-baru ini.
BACA: Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Besarkan Jebat Jayden Bersama - "Mungkin Sebagai Suami Isteri Kami Tak Berjaya, Tapi…"​
BACA: "Thank You Nabila!"​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live