Datuk Rezuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan sememangnya orang yang mudah bercerita dan berkongsi kisahnya tidak kira secara berdepan mahupun di media sosial miliknya.

Kisah-kisah yang dikongsi banyak memberi manfaat kepada yang membaca dan ada ketikanya, cerita-cerita peribadi waktu melalui zaman kepayahan memberi inspirasi kepada anak-anak muda.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Chef Wan berkongsi satu video yang agak melucukan. Video tersebut diiringi dengan lagu lama 'Lenggang Kangkung' yang menimbulkan kenangan kepadanya untuk berkongsi pengalaman lalu.

"masa kecil-kecil bila goreng kangkong suka nyanyi lagu ini sambil berjoget-joget kasi emak gelak-gelak sedikit dan adik-adik. Bila kita tak ada duit dan tak nak emak selalu susah hati mula la saya ini buat mcm-macam perkara yang lucu untuk menghiburkan satu keluarga.

"Ayah selalu kata, kau besar esok boleh jadi pelawak dan pelakon macam P.Ramlee tu. Di sekolah pun saya sering buat kawan-kawan sekolah dan guru-guru ketawa girang serta aktif di bidang lakonan, tarian mau pun pementasan lawak jenaka," tulis Chef Wan mengimbau kembali waktu silam.

Tambah Chef Wan, guru-guru sekolah termasuk guru besar sangat menghargai bakat yang dia ada, dan dia sentiasa percaya bahawa bakat tersebut adalah angurah daripada Allah kepada dirinya.

"Not everyone is born with a personality larger then life. Pada masa yang sama, tak semua orang mampu untuk membuat orang lain tersenyum dan gembira. For this I felt truly blessed.

"Terutamanya dalam dunia yang dipenuhi manusia hipokrit yang suka menghakimi orang lain, dan tidak ramai yang mempunyai a good sense of humour," tulis Chef Wan lagi.

Hee hee my favorite song pulak tu..masa kecil2 bila goreng kangkong suka nyanyi lagu ini sambil berjoget joget kasi emak gelak2 sedikit dan adik2. Bila kita tak ada duit dan tak nak emak selalu susah hati mula la saya ini buat mcm2 perkara yg lucu untuk menghibur kan satu keluarga. Ayah selalu kata...Kau besar esok boleh jadi pelawak dan pelakun mcm P.Ramlee tu. Di sekolah pun saya sering buat kawan2 sekolah dan guru2 ketawa girang serta aktif di bidang lakunan, tarian2 mau pun permentasan lawak jenaka. My school teachers and head master are always amused at my talent. Talent ini i believed its a gift from Allah. Not everyone is born with a personality larger then life. At the same time not everyone has the ability to make others smile and be happy. For this i felt truely blessed. Especially in this hipocrisy world of people that constantly loved to judge others not many people also do have a good sense of humour either.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on


Chef Wan bukan sahaja terkenal sebagai chef selebriti, tetapi dia juga merupakan seorang pelakon, pengacara serta pemilik restoran terkenal di Malaysia.