Hiburan

“Dah Biasa Basuh Pinggan Sendiri, Isteri Kata Jangan! Biar Dia Yang Buat”- Fadhli Masoot Kongsi Kemanisan Berkahwin

gempak
Mya Amri
11/03/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Dah Biasa Basuh Pinggan Sendiri, Isteri Kata Jangan! Biar Dia Yang Buat”- Fadhli Masoot Kongsi Kemanisan Berkahwin
Pelakon, Fadhli Masoot berkongsi tentang kehidupan manis selepas berkahwin bersama dengan isterinya, Suraya.
Fadhli atau lebih mesra dengan panggilan Alang ini berkata kehidupannya dirasakan lebih terurus setelah mendirikan rumah tangga.
Antara kejadian mencuti hati yang berlaku adalah berkaitan dengan hal kerja rumah iaitu mencuci pinggan.
“Benda benda yang membuatkan saya geli hati adalah apabila selama 28 tahun, selepas makan saya akan basuh pinggan sendiri.
“Jadi sekarang lepas berkahwin, bila saya nak basuh pinggan isteri terus kata jangan, biar dia yang lakukannya.
“Antara momen lain contohnya apabila tahu saya kena pergi Pahang untuk bekerja dan waktu yang ditetapkan pula adalah pada jam 6 pagi, jam 5 pagi dia sudah berada di bawah, siapkan apa yang patut.
“Jadi saya rasa kehidupan saya semakin terurus, dan saya ada bisikkan juga pada dia jangan sebulan je macam ni,” ujarnya berseloroh.
Fadhli berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan dan Raya sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Sementara itu, ditanya mengenai perkahwinannya, Fadhli memaklumkan dia tidak pernah berahsia tentang perkara itu.
Sebaliknya dia memilih berpegang pada prinsip untuk tidak menghebahkan berita baik tersebut selagi belum tiba waktunya.
“Saya cuba berpegang kepada prinsip saya di mana saya akan war war kan atau beritahu bila benda itu betul betul sahih.
“Lagi lagi zaman sekarang, kita tahu macam macam kes, bila beritahu sahaja pasti akan ada yang kecundang di pertengahan jalan.
“Saya takut sekiranya perkara itu terjadi pada saya, jadi lebih baik saya memilih untuk diam terlebih dahulu dan apabila tiba masanya orang mesti akan tahu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fadhli juga menyatakan rasa syukur kerana peminat menerima dan menyukai isterinya.
“Peminat adalah antara orang yang terawal tahu tentang pertunangan dan pernikahan saya. Saya sangat menghargai mereka.
“Jadi untuk menunjukkan penghargaan saya kepada mereka, saya telah membuat sesi meet and greet betul betul selepas saya menikah dan memperkenalkan isteri,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Fadhli Masoot Selamat Bernikah, Tak Pernah Berahsia Dengan Peminat - “Selesai Saja Nikah, Saya & Isteri Jumpa Mereka”

Terdahulu, Fadhli dan Suraya telah mengikat tali pertunangan mereka pada bulan Disember tahun lalu.
Pasangan ini kemudiaannya mendirikan rumah tangga pada 2 Mac lalu selepas dua tahun berkenalan.
Dalam perkembangan lain, Fadhli muncul dalam drama terbaharu berjudul Ya, Cikgu! yang bakal bersiaran di hari raya pertama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live